CADANGAN Program/Aktiviti PPDa:

a. PPDa Dalam KBSM (Sisipan Dalam PdP ) – SM
i. Pendidikan Pencegahan Dadah diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran guru.

b. Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR)
i. Dilaksanakan oleh guru melalui PdP dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK).
ii. Tajuk PdP boleh dirujuk kepada Buku Teks PJPK (Thn 1 -6) atau merujuk Buku Kit Pengajaran dan Pembelajaran PROSIDAR yang telah dibekal kepada sekolah.
iii. Guru PJPK juga merupakan Guru PROSIDAR.


c. Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) – SM
i. Wajib untuk Sekolah Menengah
ii. Berbentuk Persatuan Pelbagai Uniform. (rujuk buku SLAD)
iii. Fokus Murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 4.
iv. Disediakan buku aktiviti SLAD.

d. Kempen Anti Rokok/Nafas Segar
i. Semua sekolah perlu memantapkan program ini.
ii. Ceramah, Ujian Penafasan anti rokok dan pameran anti rokok.
iii. Kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru/Pasir Gudang.

e. Sambutan Minggu Anti Dadah
i. Sambutan dalam Bulan Februari/Mac
ii. Pelbagai aktiviti berteraskan PPDa
iii. Dilaksanakan seminggu/hari.

f. Kempen/Pameran Anti Dadah
i. Dapatkan kerjasama dengan AADK Daerah, PDRM, Pejabat Kesihatan, Pejabat Agama Daerah/ Negeri.
ii. Sewaktu Minggu Anti Dadah/Mesyuarat Agung PIBG/Sukan/dll

g. Aktiviti Karnival/Pertandingan PPDa/Kuiz PPDa
i. Pelbagai aktiviti termasuk kesenian dan kebudayaan
ii. Boleh dimasukkan dalam Minggu Anti Dadah

h. Mesej Anti Dadah Dalam Kelas/Perhimpunan
i. Menggunakan buku 5 minit Mesej Anti Dadah
ii. Perlu dijadualkan tajuk dan guru/murid bertugas

i. Program Intervensi Pelajar (SM)
i. Berfokus kepada murid-murid yang berisiko
ii. Program berbentuk kem kesedaran/pemulihan murid.
iii. Sekolah boleh laksanakan dengan gabungan Badan disiplin/Agama/Kaunseling.
iv. Boleh dapatkan kerjasama dengan Pejabat Agama Daerah.

j. Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES) – SM
i. Wajib dilaksanakan.
ii. Berfokus kepada semua pelajar Tingkatan 5.
iii. Kerjasama dengan Unit HIV/AIDS, Pejabat Kesihatan Daerah.

k. Program Keibubapaan
i. Memasukkan program PPDa dalam aktiviti melibatkan ibu bapa. Contohnya ceramah Masalah Dadah dikalangan remaja sempena Mesyuarat Agung PIBG.
ii. Kerjasama dengan unit PPDa atau AADK Daerah.

l. Program Perkembangan Staf
i. Aktiviti membantu PPDa
ii. Menaiktaraf Bilik Sumber/ Lorong PPDa/Sudut PPDa

iii. LDP/Ceramah PPDa
m. Program-program lain yang berkaitan.
i. Kerjasama dengan Kelab PROSTAR atau Doktor Muda
ii. Kerjasama dalam aktiviti peringkat komuniti/daerah.